Perkhemahan Mahabbah

Sunday, June 20, 2010

Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t sekali lagi dapat mengadakan  rehlah di Lata Belatan,Besut bersama sahabat-sahabat.Tanggal 13 Jun 2010 kami mengadakan satu rehlah yang di sertai oleh beberapa orang sahabat..Rehlah kali ini mendapat sambutan yang menghangatkan malah menguatkan lagi ikatan ukhuwwah bersama-sama sahabat yang tersayang.Allah ta'ala berfirman " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,Maka perbaikkanlah hubungan di antara keduanya".

                         saat-saat indah bersama sahabat di tapak perkhemahan

Tahun ni lah merupakan tahun last kitorang nak melawat tempat-tempat menarik kat malaysia ni sebelum sambung belajar ke timur tengah.


                            dalam khemah ni la kitorang tidur


                               Ni khemah Ust Mat punye


                             Ni plak khemah Ust Hafizuddin...matching ngan baju..


               Ust Waliy dan Ust Muhaimin  sedang memerhatikan sahabat-sahabat


                           berkesempatan buat 'campfire' pada malamnya

Kitorang berkenalan dengan sedalam-dalamnya.Sebagaimana kata Imam Hassan Al-Banna berkenal-kenallah kamu sehingga menimbulkan kasih sayang di antara kamu.

                            mandi di awal pagi untuk mengelak orang ramai..: )


                                            Uniknya alam ciptaan Allah

Di sana kitorang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Dengan air yang jernih dan tenang kalau bahasa orang putih 'clear crystal water'..Subhanallah..Inilah kebesaran Allah s.w.t,mengetahui segala gerak geri makhluk ciptaannya apatah lagi kita manusia..Syukur kepada Allah berada di dalam kelompok sahabat yang bertunjangkan aqidah islamiyyah bukan kerana harta,pangkat dan sebagainya tetapi demi islam yang di cintai...Itulah hakikat persahabatan yang sebenar..Bertemu dan Berpisah kerana Allah..Susah dan Senang kerana Allah...Terima kasih sahabat-sahabat..Wallahua'lam


                 

Millatfacebook cabar Facebook


2010/05/29
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com , awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MillatfacebookcabarFacebook/Article/

p/s: inilah yang kita inginkan. professional-professional muslim ini mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dalam membela islam tercinta.

tahniah kepada professional pakistan.

buat professional malaysia, semoga usaha mereka ini mampu membuka mata kita utk sentiasa kreatif dalam mengajak manusia kpd Allah (daie ila Llah)

Elok Imbas Kembali,Yahudi Dalam Negeri

Tuesday, June 1, 2010



Didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)


3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Pembunuhan Terbuka Di Laut Luas


Helicopter Regim Zionis berlegar mengelilingi kapal sementara
kapal perang mereka memintas kapal Freedom Flotilla.



Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean.

KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa.

Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam.

Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun.

Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”.

Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Jazaakumullahu Khaira Buat Guru-Guru...

Sunday, May 16, 2010

Alhamdulillah pertamanya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dapat menziarahi guru-guru (sekolah rendah) yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu.Kelmarin dapat jugak bersama guru-guru menyambut Hari Guru di sekolah rendah.Namun apa yang perlu diingati ialah guru yang telah mendidik anaknya menjadi seorang yang berakhlak mulia.Itulah pengorbanan guru yang paling besar.Guru yang telah bersusah-payah memberikan ilmu lebih-lebih lagi ilmu pemahaman tentang islam.Ilmu bermanfaat sepertimana pengarang kitab Bidayatul Hidayah Imam Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahullah ta'ala menyebut bahawa ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.Di sini ana mengucapkan jazakallahu khaira buat Murabbi yang kini berada jauh dari penulis.Di atas jasa beliau yang telah banyak mencurahkan ilmu dengan menerapkan fikrah islam yang syumul.Dengan asuhan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dapat di sebatikan dalam diri.Semoga mendapat ganjaran yang besar daripada Allah ta'ala dengan apa yang telah di berikan,InsyaAllah...


                                 suasana hari guru di SK Tok Jiring



                                         Aktiviti untuk guru-guru
        
        Penulis juga ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua pendidik di SKTJ,KOSPINT,SMKIF dan SMAASZA yang telah banyak berusaha bencurahkan ilmu pengetahuan kepada penulis sehingga sekarang penulis dapat menyambung pelajaran ke tempat yang baik.Gembira dapat bertemu dengan guru-guru yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu akhirnya dapat mengambil peluang keemasan sementara menunggu untuk melayarkan diri ke timur tengah.Terima Kasih di atas ilmu yang telah di curahkan.


                            banner yang telah di hasilkan buat semua guru

        Ucapan terima kasih juga kepada anak-anak didik di SK Tok Jembal yang telah memberikan hadiah kepada penulis sempena Hari Guru 2010.Syukran Kathira.Ustaz doakan agar anak-anak mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

                        firman Allah yang bermaksud : Berhadiah-hadiahlah kamu maka kamu akan berkasih sayang

Ziarah

Friday, April 30, 2010


Alhamdulillah...setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberi sekali lagi peluang kepada kami pelajar-pelajar STAM dan beberapa lagi sahabat yang lain untuk membuat ziarah ke rumah Ust Firdaus yang terletak di Kg Tok Ba,Tepoh.Kami bertolak dari rumah masing-masing selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

                                    sahabat-sahabat di kebun tebu

Ana bersama seorang sahabat dari UDM,Sofwat berkereta menuju ke rumah Ust Firdaus yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari rumah kami.Kami tiba di rumah Ust Firdaus tepat jam 3 petang,tapi sedikit mendukacitakan sebab ingatkan kami yang last datang rupa-rupanya kami yang terawal sekali tapi dah ada motor seorang sahabat.

"assalamualaikum...

"waalaikummussalam..."jawab mak Ust Firdaus
"Firdaus tak x,ye keluar gi ambik tebu nge sain2 ye,"katanya lagi.

"ooo....kalu gitu kita tunggu kat luar je la,"sampuk sofwat.

Lama jugak la menunggu dalam 45 minit sebelum geng2 'tebu'  datang bawak hasil tangkapan masing-masing.

                                            ni geng-geng tebu

 "Vrooom...vroooom"

"tebu...tebu....3 sepuluh,3 sepuluh,"

                                       kami memang berbakat

"Banyaknya tebu!ni nak minum ke nak jual air tebu ni"


                                  usaha-usaha yang dihargai

Kami pun mulalah 'kerja2' kami iaitu membuang kulit tebu..:).Banyaknya tebu macam nak jual je.macam-macam skill yang di tunjukkan untuk membuang kulit tebu.Diorang ni memang berbakat la.Lepas siap kami sama-sama dirikan solat Asar secara berjamaah di dalam rumah Ust Firdaus.Kemudian ramai-ramai pergi mesin tebu untuk diambil airnya..

                                             tebu-tebu yang telah dibuang kulit

Ade jugak sahabat yang sempat bermain wau...takpela memang dah hobi nak buat macam mana.Namun masing-masing amat gembira sekali dengan 'tebu-tebunya'.Zuhhad yang mempunyai kemahiran memesin tebu menggunakan khidmatnya untuk mendapatkan air tebu.

"Lama mana dah enta kursus mesin tebu ni?"

"mmm...x lame mane dalam 5 tahun"

"ooo...patutla panda"


                               sahabat-sahabat makan bersama-sama

Kemudian kami sama makan.lauk memang best.pandai mak Ust Firdaus masak.
Syukran kathiiira mak Ust Firdaus.Air tebu yang lebih kami bungkus untuk di bawa balik ke rumah.Pada akhir ziarah kami sempat mengambil gambar kenang-kenangan untuk kami sementara kami masih berada di bumi Malaysia negara runtuh ni.Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ust Firdaus memberikan layanan yang mesra kepada kami.Syukran

                   kenangan bersama sahabat-sahabat di halaman rumah Ust Pi
                                    

Takziah

Monday, April 26, 2010

Salam takziah kepada sahabat seperjuangan Abdul Rahman b. Zulkifli di atas pemergian ayahanda beliau yang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad 25 April 2010 jam 8.45 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Ana di maklumkan oleh abang Faqeh tapi abang Faqeh kata ayah Rahman sedang sakit tenat masa tu sebelum isyak tu pun dalam keadaan gaduh2.Kami di minta oleh Rahman untuk membuat solat hajat.Selepas kami selesai solat Isyak,Rahman menelefon abang Faqeh mengatakan bahawa ayahandanya sudah meninggal dunia.Moga-moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yang mukmin.Semoga Rahman tabah dalam menghadapi segala ujian Allah.Kita sama-sama sedeqahkan Al-Fatihah buat ayahanda Rahman.Al-Faatihah..

شكران للزيارة

Terima Kasih Atas Kunjungan....segala kekurangan mohon beribu kemafaan
 
 
 
 
Copyright © Tinta Seorang Hamba