Alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t sekali lagi dapat mengadakan rehlah di Lata Belatan,Besut bersama sahabat-sahabat.Tanggal 13 Jun 2010 kami mengadakan satu rehlah yang di sertai oleh beberapa orang sahabat..Rehlah kali ini mendapat sambutan yang menghangatkan malah menguatkan lagi ikatan ukhuwwah bersama-sama sahabat yang tersayang.Allah ta'ala berfirman " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,Maka perbaikkanlah hubungan di antara keduanya".
Tahun ni lah merupakan tahun last kitorang nak melawat tempat-tempat menarik kat malaysia ni sebelum sambung belajar ke timur tengah.
dalam khemah ni la kitorang tidur
Ni khemah Ust Mat punye
Ni plak khemah Ust Hafizuddin...matching ngan baju..
Ust Waliy dan Ust Muhaimin sedang memerhatikan sahabat-sahabat
berkesempatan buat 'campfire' pada malamnya
Kitorang berkenalan dengan sedalam-dalamnya.Sebagaimana kata Imam Hassan Al-Banna berkenal-kenallah kamu sehingga menimbulkan kasih sayang di antara kamu.
mandi di awal pagi untuk mengelak orang ramai..: )
Uniknya alam ciptaan Allah
Di sana kitorang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Dengan air yang jernih dan tenang kalau bahasa orang putih 'clear crystal water'..Subhanallah..Inilah kebesaran Allah s.w.t,mengetahui segala gerak geri makhluk ciptaannya apatah lagi kita manusia..Syukur kepada Allah berada di dalam kelompok sahabat yang bertunjangkan aqidah islamiyyah bukan kerana harta,pangkat dan sebagainya tetapi demi islam yang di cintai...Itulah hakikat persahabatan yang sebenar..Bertemu dan Berpisah kerana Allah..Susah dan Senang kerana Allah...Terima kasih sahabat-sahabat..Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment