Friday, April 30, 2010
Alhamdulillah...setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberi sekali lagi peluang kepada kami pelajar-pelajar STAM dan beberapa lagi sahabat yang lain untuk membuat ziarah ke rumah Ust Firdaus yang terletak di Kg Tok Ba,Tepoh.Kami bertolak dari rumah masing-masing selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
sahabat-sahabat di kebun tebu
Ana bersama seorang sahabat dari UDM,Sofwat berkereta menuju ke rumah Ust Firdaus yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari rumah kami.Kami tiba di rumah Ust Firdaus tepat jam 3 petang,tapi sedikit mendukacitakan sebab ingatkan kami yang last datang rupa-rupanya kami yang terawal sekali tapi dah ada motor seorang sahabat.
"assalamualaikum...
"waalaikummussalam..."jawab mak Ust Firdaus
"Firdaus tak x,ye keluar gi ambik tebu nge sain2 ye,"katanya lagi.
"ooo....kalu gitu kita tunggu kat luar je la,"sampuk sofwat.
Lama jugak la menunggu dalam 45 minit sebelum geng2 'tebu' datang bawak hasil tangkapan masing-masing.
ni geng-geng tebu
"Vrooom...vroooom"
"tebu...tebu....3 sepuluh,3 sepuluh,"
kami memang berbakat
"Banyaknya tebu!ni nak minum ke nak jual air tebu ni"
usaha-usaha yang dihargai
Kami pun mulalah 'kerja2' kami iaitu membuang kulit tebu..:).Banyaknya tebu macam nak jual je.macam-macam skill yang di tunjukkan untuk membuang kulit tebu.Diorang ni memang berbakat la.Lepas siap kami sama-sama dirikan solat Asar secara berjamaah di dalam rumah Ust Firdaus.Kemudian ramai-ramai pergi mesin tebu untuk diambil airnya..
tebu-tebu yang telah dibuang kulit
Ade jugak sahabat yang sempat bermain wau...takpela memang dah hobi nak buat macam mana.Namun masing-masing amat gembira sekali dengan 'tebu-tebunya'.Zuhhad yang mempunyai kemahiran memesin tebu menggunakan khidmatnya untuk mendapatkan air tebu.
"Lama mana dah enta kursus mesin tebu ni?"
"mmm...x lame mane dalam 5 tahun"
"ooo...patutla panda"
sahabat-sahabat makan bersama-sama
Kemudian kami sama makan.lauk memang best.pandai mak Ust Firdaus masak.
Syukran kathiiira mak Ust Firdaus.Air tebu yang lebih kami bungkus untuk di bawa balik ke rumah.Pada akhir ziarah kami sempat mengambil gambar kenang-kenangan untuk kami sementara kami masih berada di bumi Malaysia negara runtuh ni.Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Ust Firdaus memberikan layanan yang mesra kepada kami.Syukran
kenangan bersama sahabat-sahabat di halaman rumah Ust Pi
...::: Allah Maha Esa :::...
...::: Pantasnya...masa berlalu :::...
1995-1997
Tabika Kemas Wakaf Tembesu
1998-2003
SK Tok Jiring
2004-2005
KOSPINT
2005-2006
SMK Ibrahim Fikri
2007-2009
SMA Sultan Zainal Abidin,Batu Burok
2010-2011
Universiti Al-Azhar,Kaherah
Tabika Kemas Wakaf Tembesu
1998-2003
SK Tok Jiring
2004-2005
KOSPINT
2005-2006
SMK Ibrahim Fikri
2007-2009
SMA Sultan Zainal Abidin,Batu Burok
2010-2011
Universiti Al-Azhar,Kaherah
...::: Insafi Diri :::...
Ya Allah...Telah banyak dosa yang aku lakukan terhadapMu,dengan itu hamba memohon keampunan daripadaMu dan minta supaya Engkau sentiasa melindungi diriku dari segala kejahatan nafsu,kejahatan syaitan dan kejahatan manusia begitu juga dengan sahab-sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu diriku supaya berubah ke arah yang lebih baik..
...::: Tautan Ukhwah :::...
Jangan lupa tinggalkan pesanan...
ShoutMix chat widget
...::: Hadits Shahih Al Bukhari :::...
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
شكران للزيارة
Terima Kasih Atas Kunjungan....segala kekurangan mohon beribu kemafaan
1 comments:
pewhh...cemburu ana tgok gmbor ni,ana xleh join....huhu,sdeh wase..
Post a Comment