Malam Wida' Pelajar-Pelajar STAM 09

Monday, March 1, 2010

                                  ni lah kek malam wida' yang pertama dan yang last

Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah setinggi kesyukuran di ucapakan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmat Allah kami pelajar-pelajar Stam dapat mengadakan Majlis Malam Wida' 09.Majlis ini telah diadakan pada 12 November 2009 di Dewan Fikri,SMAASZA pada jam 9.00 malam.Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan perpisahan pelajar-pelajar STAM di samping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.Selain itu juga,Majlis ini disediakan dengan persembahan-persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar STAM itu sendiri.majlis sebegini diadakan saban tahun.Majlis ini telah mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan mendapat kerjasama daripada Majlis Perwakilan Asrama(MPA) dan Persatuan Bahasa Arab dan Agama Islam(BADAI).
                                          adik-adik khusyuk melihat persembahan

 Usaha-Usaha yang dilakukan untuk menjayakan majlis ini amat dihargai.Usaha keras yang digembleng daripada kalangan pelajar STAM sehingga dapat menjayakan majlis ini seharusnya di ambil pengajaran dan iktibar leh pelajar yang bakal mengambil STAM tahun akan datang.Majlis ini disajikan dengan lakonan.pentomen,nasyid dan sajak.Diantara pelakon-pelakon pentomen ialah Aliff Ludin,Faidhi,Ariff Biha,Saufi,Tg.Shahmi manakala pelakon-pelakon bagi babak MC ialah Azreen,Che,C-din,Basyier,Hanif MZ,Husin dan Mohsein.Selain itu,kumpulan nasyid adalah satu kumpulan sahaja iaitu By-Tiey 2 yang ahlinya terdiri daripada Aiman,Ailani,Zuhhad,Basyier dan Firdaus.


                                            pengerusi yang paling berbakat


                         Kami semua amat bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar tambahan pula ini merupakan majlis kami yang terakhir,juga dikenali dengan Majlis Perpisahan.Majlis diadakan penuh keriangan.Masing-masing berpakaian jubah lengkap dengan berkasut.

                                    persembahan nayid daripada kumpulan By-Tiey 2

Apa yang tidak disangka-sangka ialah warden kami Ustaz Fadhlishah,juga turut membuat persembahan iaitu sajak.Sajak dibacakan sungguh menyentuh hati para penonton.Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang hadir pada malam tersebut.Dan kami semua meikmati jamuan makan bersama dengan guru-guru yang di sayangi.Itulah sahaja sedikit sebanyak tentang perjalanan Majlis Malam Wida' 09.Sekian...


0 comments:

Post a Comment

شكران للزيارة

Terima Kasih Atas Kunjungan....segala kekurangan mohon beribu kemafaan
 
 
 
 
Copyright © Tinta Seorang Hamba